Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    AS dilanda 35 puting beliung, 5 maut

    WASHINGTON, 29 APRIL – Sekurang-kurangnya lima maut selepas puluhan puting beliung yang melanda dan memusnahkan sebahagian Oklahoma serta negeri Great Plains berdekatan, kata pihak berkuasa dan media tempatan, semalam.
    Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), berkata selepas kemunculan 78 puting beliung Jumaat lalu, kebanyakannya membadai Nebraska dan Iowa, suatu sistem cuaca yang berasingan, 35 lagi puting beliung dari utara Texas dan Oklahoma ke Missouri dilaporkan pada Sabtu.

    Ribut itu menyebabkan hujan sehingga 18 sentimeter (sm) di beberapa tempat dalam tempoh beberapa jam dan semalam, ahli meteorologi mengeluarkan amaran mengenai bahaya berterusan cuaca melampau, termasuk banjir kilat, hujan batu dan lebih banyak lagi puting beliung.

    Seorang lelaki dikelilingi oleh kerosakan puting beliung selepas ribut teruk pada malam sebelumnya di Sulphur, Oklahoma. – AP

    Lewat kelmarin, bandar Sulphur, di selatan-tengah Oklahoma, dilanda teruk bencana itu dan video serta imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan banyak bangunan rosak.
    Sebuah trak juga dilihat di atas runtuhan bangunan dan pokok manakala satu video menunjukkan batu dan kayu berselerak di merata tempat.

    Pasukan penyelamat juga dikerahkan ke rumah dan kenderaan untuk mencari mangsa atau mereka yang terselamat.

    Semalam, Gabenor Oklahoma Kevin Stitt, berkata bandar kecil itu terjejas teruk dan mengesahkan seramai empat orang meninggal dunia di seluruh negeri.

    Dalam sidang akhbarnya, beliau berkata, seorang wanita maut apabila puting beliung melanda pada waktu malam di Sulphur dan bencana itu adalah yang paling teruk pernah dilihatnya dalam tempoh enam tahun berkhidmat.

    Stitt turut mengisytiharkan darurat selama 30 hari untuk mempercepatkan bantuan kepada 12 daerah yang paling teruk terjejas dan beliau juga sudah menghubungi pihak berkuasa persekutuan untuk mendapatkan bantuan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...