Tuesday, May 21, 2024
33.2 C
Brunei

    -

    Kursus intensif Haji bagi yang tidak berkesempatan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah kelmarin mengadakan kursus intensif Haji bagi tahun 1445H/2024 untuk para bakal jemaah Haji yang tidak berkesempatan mengikuti Kursus Ibadat Haji dan Umrah tahun 1445H/2024M yang lalu.

    Kursus yang di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis Berakas kelmarin disertai oleh 129 orang bakal jemaah Haji selama lima hari berturut-turut mulai kelmarin hingga hari Jumaat (3 Mei 2024).

    Kursus berkenaan dibimbing oleh Penolong Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Badaruddin bin Haji Besar.

    Haji Badaruddin semasa membimbing kursus insentif Haji kepada para bakal jemaah Haji yang tidak berkesempatan mengikuti Kursus Ibadat Haji dan Umrah tahun 1445H/2024M yang lalu.

    Kursus Intensif Haji tersebut bertujuan untuk memberikan panduan dan kefahaman mengenai Manasik Haji secara teori dan praktikal kepada bakal jemaah Haji sebagai bekalan ilmu semasa melaksanakan ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci nanti.

    Antara bakal jemaah Haji yang menyertai kursus intensif Haji bagi tahun 1445H/2024.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...