Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Mat Yo terus jadi penyerang Harini FT

    KUALA LUMPUR, 9 JAN – Penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha masih belum mahu memikirkan soal persaraan dari kariernya sebagai pemain bola sepak bersama pasukan Harini FT.

    Pemain berusia 36 tahun itu lebih dikenali sebagai Mat Yo, berkata setakat ini dia hanya mahu menumpukan kepada perancangan pengurusan skuadnya untuk berentap dalam divisyen tiga, bola sepak Malaysia, Liga M3. Bagaimanapun, dia sedang giat menjalani kursus kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meneruskan kariernya sebagai jurulatih pada masa akan datang.

    “Belum masa lagi untuk saya gantung but, saya sekarang fokus kepada apa yang Hariti FT akan buat.

    “Sambil itu saya akan mengambil kursus lesen jurulatih, setelah lulus lesen C. Sekarang saya masih menunggu lesen B, kalau ada kekosongan saya akan terus terjun ke bidang jurulatih, itu sasaran saya,” katanya kepada pemberita.

    Pada 3 Januari lepas, Mat Yo dilaporkan secara rasmi milik Harini FT selepas kelab berkenaan memaklumkan kemasukannya menerusi akaun rasmi Instagram.

    Pemain kelahiran Besut, Terengganu itu sebelum ini beraksi bersama skuad Melaka United FC dan sempat membuat 15 penampilan dalam kesemua pertandingan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua maut ditikam di sekolah rendah China

    BEIJING, 20 MEI - Seorang wanita yang menghunus pisau buah telah membunuh dua orang dan mencederakan empat lagi hari ini di sebuah sekolah rendah...