Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Alcaraz tewaskan Djokovic, menang trofi Grand Slam keduanya

    WIMBLEDON, 17 JULAI – Carlos Alcaraz akan ke New York pada Ogos untuk mempertahankan gelaran Terbuka Amerika Syarikat sebagai juara Grand Slam dua kali.

    Itu kerana dia berjaya melepaskan permulaan yang kurang memuaskan dan menewaskan Novak Djokovic dalam perlawanan akhir Wimbledon 1-6, 7-6 (6), 6-1, 3-6, 6-4 semalam.

    Ia memberikan Alcaraz trofi pertamanya di All England Club dan menghalang Djokovic daripada memenangi kelima berturut-turut dan kelapan keseluruhan di sana.

    Ia juga menghalang Djokovic daripada meningkatkan jumlah rekod lelakinya iaitu 23 gelaran utama.

    Alcaraz berusia 20 tahun dari Sepanyol merupakan juara ketiga lelaki termuda di Wimbledon dalam era Terbuka, yang bermula pada 1968.

    Hanya Boris Becker dan Bjorn Borg yang lebih muda daripadanya. – AP

    Carlos Alcaraz meraikan trofi itu selepas menewaskan pemain Serbia Novak Djokovic untuk memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki pada hari keempat belas kejohanan tenis Wimbledon di London, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 polis cedera, 1 maut akibat serangan beruang

    TOKYO, 19 MEI - Pihak berkuasa Jepun memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada dengan beruang liar di timur laut negara itu selepas beberapa orang...