Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Ambil langkah lindungi data – CSB

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Cyber Security Brunei (CSB) mengingatkan orang ramai untuk terus mengamalkan langkah-langkah terbaik, berikutan berlakunya kejadian pelanggaran data (data breach) pada aplikasi Que Up, perkhidmatan tempahan dalam talian.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, CSB menggariskan antara langkah-langkah terbaik yang perlu dilaksanakan bagi mengelak sebarang insiden keselamatan siber berlaku, yang termasuk menggunakan kata laluan yang berbeza bagi setiap akaun dalam talian yang dimiliki dan menggunakan sekurang-kurangnya 10 aksara dan gabungan huruf, nombor dan karakter atau ciri khas.

    Selain itu, orang ramai juga dikehendaki menggunakan pengesahan dua langkah ketika menggunakan akaun media sosial, e-mel dan akaun-akaun terpenting yang lain.

    Turut disarankan juga ialah para pengguna dalam talian dikehendaki menukar kata laluan mereka setiap tiga hingga enam bulan.

    Oleh yang demikian, orang ramai ingin melaporkan insiden keselamatan siber bolehlah menghubungi Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT) dengan menghantar e-mel kepada reporting@brucert.org.bn, menghubungi talian 2458001 atau menerusi WhatsApp di talian 7170766.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...