Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Amsterdam buka garaj basikal terbesar

    AMSTERDAM, 26 JAN – Dibelenggu oleh ruang penyimpanan yang semakin mengecil untuk meletak ratusan ribu basikalnya, Amsterdam membuka kompleks tempat letak basikal terbesarnya yang pertama kelmarin, yang dibina di bawah air dalam projek perintis kejuruteraan.

    Tempat penyimpanan itu dibina di bawah Open Haven Front, akses anak sungai ke sungai IJ di bandar itu, dan akan diikuti oleh satu lagi di sebelah su-ngai IJ itu sendiri yang akan dibuka pada bulan Februari.

    Kedua-dua tempat penyimpanan tersebut akan mempunyai kapasiti gabungan untuk 11,000 basikal di ibu kota Belanda yang dipenuhi dengan orang yang suka berbasikal.

    “Tempat penyimpanan tersebut akan menjadi yang terbesar di bandar ini,” menurut majlis perbandaran Amsterdam, dengan Open Haven Front boleh memuatkan 7,000 basikal dan tapak sebelah sungai IJ sekitar 4,000. – AFP

    Tempat penyimpanan itu dibina di bawah Open Haven Front, yang akan diikuti oleh satu lagi di sebelah sungai IJ. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...