Monday, May 6, 2024
26.2 C
Brunei

    -

    Badminton sumbang pingat gangsa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Pasukan badminton Negara Brunei Darussalam bagi temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32, Kemboja yang beraksi di peringkat separuh akhir hari ini menentang pasukan dari Myanmar setelah mendapat undian bye dalam acara badminton mixed team.

    Berkenan berangkat bagi menyaksikan perlawanan berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam.

    Walau bagaimanapun pasukan negara tewas 3-0 dengan kutipan mata bagi kategori beregu campuran (7-21, 10-21), perseorangan lelaki (14-21, 12-21) dan perseorangan (2-21, 5- 21).

    Keputusan ini menempatkan pasukan Myanmar mara ke peringkat akhir, manakala Negara Brunei Darussalam dengan sendirinya meraih pingat gangsa bersama Laos dalam acara mixed team (special event) yang disertai oleh lima negara membangun dalam sukan badminton iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Myanmar, Laos dan Timor Leste.

    Atlet badminton negara terdiri daripada Awang Mahyuddin bin Haji Abas, Awangku Azri Safwan bin Pengiran Haji Jofri, Chang Huei Woo, Mohammad Shahirul bin Mohd Jenin, Siti Marinah binti Mohd Salleh, dan Dayang Nuraqillah binti Haji Shahroney.

    Pasukan dari negara Myanmar akan bertemu negara tuan rumah, Kemboja dalam perlawanan bagi menentukan pemenang pingat emas yang akan berlangsung pada 10 Mei ini dan diteruskan dengan acara penyampaian pingat bagi acara mixed team (special event).

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan badminton yang berlangsung di Morodok Techo Badminton Hall, Kemboja.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...