Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Dua terbunuh dalam serangan senjata berat di barat Myanmar

    YANGON, 5 MEI – Dua orang terbunuh dan 15 lagi cedera dalam serangan senjata berat di wilayah Rakhine, barat Myanmar, kelmarin, lapor Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara.

    Menurut pasukan penerangan majlis itu, serangan letupan, yang dilakukan oleh Tentera Arakan (AA), mengenai perkarangan sekolah menengah di Perbandaran Buthidaung di Negeri Rakhine pada kira-kira 1 pagi waktu tempatan, kelmarin.

    Mangsa termasuk pelarian yang berteduh di perkarangan sekolah, serta penduduk tempatan, kata laporan itu.

    Mereka yang cedera termasuk empat kanak-kanak berumur antara satu dan lima tahun, kata laporan itu.

    Pihak berkuasa tempatan dan organisasi penyelamat menghantar mangsa-mangsa yang cedera ke hospital tentera berdekatan untuk rawatan perubatan, tambahnya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...