Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Saya hanya mahu lihat Menara Eiffel sekali lagi – Celine Dion

    Ikon pop, Celine Dion, 56, berkongsi kehidupan sebagai individu yang menderitai sindrom orang kaku atau ‘stiff person syndrome’ (SPS) yang dialami sejak Disember 2022, lapor BH Online.

    Bercakap kepada majalah Vogue France, Dion menggambarkan dirinya seolah-olah sudah berputus asa pada peringkat awal.

    “Pada mulanya, saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa dengan saya? Bagaimana ini berlaku? Apa yang saya sudah buat? Adakah ini salah saya?

    “Hidup tidak memberi awda sebarang jawapan. Awda hanya perlu jalani semuanya. Saya dapat penyakit ini atas sebab yang tidak diketahui. Cara saya melihatnya, saya ada dua pilihan.

    “Sama ada saya berlatih seperti seorang atlet dan bekerja sangat keras atau mematikan dan selesai. Saya tinggal di rumah, mendengar lagu saya, berdiri di hadapan cermin saya dan menyanyi sendiri.

    Celine Dion berkongsi kehidupan sebagai individu yang menderitai sindrom orang kaku atau stiff person syndrome (SPS) yang dialami sejak Disember 2022. – mStar

    “Saya pilih untuk bekerja dengan seluruh badan dan jiwa saya daripada kepala hingga kaki dengan pasukan perubatan. Saya mahu menjadi yang terbaik.

    “Matlamat saya adalah untuk melihat Menara Eiffel sekali lagi. Saya mempunyai kekuatan ini dalam diri. Saya tahu tiada apa yang akan menghalang saya,” katanya.

    SPS adalah gangguan neurologi autoimun yang sangat jarang berlaku dan menjejaskan kira-kira 8,000 orang di seluruh dunia. Sindrom ini menyebabkan kekejangan otot dan boleh membuatkan penghidap kehilangan mobiliti.

    Dalam kes Dion, penyanyi My Heart Will Go On ini pernah berkongsi bahawa penyakit itu menyebabkan kesukaran untuk berjalan, selain tidak mampu menggunakan pita suara untuk menyanyi seperti biasa.

    Sehubungan itu, Dion dilapor terpaksa menangguhkan kerjaya nyanyian sejak menjalani rawatan, malah, terpaksa membatalkan semua konsert jelajahnya pada 2023 dan 2024. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia tuduh China berkelakuan bahaya berkaitan jet pejuang

    MELBOURNE, 7 MEI - Australia telah memprotes Beijing melalui pelbagai saluran bahawa sebuah jet pejuang China membahayakan helikopter tentera laut Australia dengan suar di...