Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Budak 4 tahun mati dirempuh bas

    LAVAL, KANADA, 9 FEB – Seorang pemandu bas merempuh kenderaannya ke pusat jagaan kanak-kanak berdekatan Montreal semalam, membunuh dua orang kanak-kanak berusia empat tahun dalam kejadian yang dipercayai dilakukan secara sengaja.

    Seorang kanak-kanak maut di tempat kejadian dan mangsa kedua meninggal dunia dalam ambulans, kata pihak berkuasa Kanada, selepas beberapa budak terperangkap di bawah kenderaan apabila ia merempuh bangunan di pinggir bandar Laval pada kira-kira 8:30 pagi.

    “Kami percaya ia adalah kejadian sengaja, tetapi kami tidak tahu motifnya,” beritahu ketua polis tempatan Pierre Brochet kepada AFP. Suspek berusia 51 tahun, Pierre Ny St-Amand, nampak resah ketika dia muncul menerusi pautan video di mahkamah lewat semalam. Dia berdepan sembilan pertuduhan termasuk pembunuhan terancang dan percubaan membunuh. – AFP

    Polis menutup tapak di mana sebuah bas (tengah) merempuh pusat jagaan kanak-kanak pada 8 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...