Wednesday, May 22, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Hanis Nadiah tidak bertanding di Sukan SEA Kemboja

    KUALA LUMPUR, 9 FEB – Gara-gara mengeluarkan komen sensitif di media sosial, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn menerima padah apabila digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.

    Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang bermesyuarat Selasa lepas berhubung isu komen Hanis Nadiah didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.

    Jawatankuasa Siasatan dipengerusikan secara bersama Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal telah memanggil Hanis Nadiah yang juga Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 untuk sesi temu bual bagi membantu siasatan isu berkenaan.

    Hasil daripada sesi itu dan setelah memperhalusi beberapa dapatan lain berhubung isu berkenaan, jawatankuasa merumuskan Hanis Nadiah memuat naik komen berbaur perkauman kerana komen itu ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India.

    “Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Hanis Nadiah bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain.

    Hanis Nadiah juga didapati bersalah kerana membuat komen mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan dan KHM yang jelas melanggar kod etika badan induk hoki itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...