Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Chelsea terus buru kedudukan empat teratas

    LONDON, 6 MAC – Chelsea mengetepikan drama mengenai keputusan Roman Abramovich untuk menjual kelab itu ketika Kai Havertz memberi inspirasi kemenangan terhadap pasukan bergelut Liga Perdana Inggeris (EPL), Burnley. Manakala pengurus Leeds, Jesse Marsch mengalami kekalahan pertama 1-0 di tangan Leicester, kelmarin.

    Semua kapten EPL memakai lilitan lengan Ukraine hujung minggu ini dan kelab memberikan tepukan seminit dalam menunjukkan solidariti dengan negara itu berikutan pencerobohan Rusia.

    Perang itu secara tidak langsung telah menjejaskan Chelsea, dengan pemilik Rusia, Abramovich meletakkan kelab itu untuk dijual di tengah-tengah kerisauan dia mungkin disekat oleh kerajaan British kerana hubungannya yang dikatakan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

    Pelaburan Abramovich yang besar memberi pulangan 19 trofi utama dalam selama 19 tahun memiliki kelab, termasuk Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab di bawah pengurus semasa, Thomas Tuchel.

    Tetapi Chelsea menghadapi masa depan yang tidak menentu dalam era pasca-Abramovich, memberi tekanan kepada Tuchel untuk memastikan pasukan berada di landasan yang betul semasa peralihan kepada pemilik baru.

    Kelayakan untuk Liga Juara-Juara adalah penting untuk cita-cita itu dan Chelsea yang menduduki tempat ketiga kekal di atas landasan selepas mengetepikan Burnley di Turf Moor.

    Selepas peminat Chelsea melaungkan nama Abramovich semasa tepukan untuk Ukraine, Reece James meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-47 dengan penamat sengit. – AFP

    Reaksi Kai Havertz meraikan gol dalam perlawanan antara Chelsea dan Burnley kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    20 maut bas jatuh dalam gaung

    KHAPLU, 3 MEI - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di wilayah pergunungan utara Pakistan, kata polis hari ini. Dalam...