Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    China gelar Rusia ‘rakan kongsi strategik’

    BEIJING, 7 MAC – Menteri Luar China hari ini menggelar Rusia sebagai ‘rakan kongsi paling strategik’ Beijing di tengah-tengah keengganan berterusan China mengecam pencerobohan Ukraine.

    Wang Yi mengatakan hubungan dengan Moscow merangkumi ‘satu daripada hubungan dua hala paling penting di dunia.’

    China memisahkan diri daripada Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lainnya dalam mengenakan sekatan ke atas Rusia selepas pencerobohannya ke atas Ukraine. Beijing mengatakan sekatan akan mencipta satu lagi isu baharu dan mengancam satu penyelesaian politik ke atas konflik itu.

    “Tidak kira betapa teruknya landskap antarabangsa, kami akan mengekalkan tumpuan strategik kami dan mempromosikan kemajuan menyeluruh perkongsian China-Rusia dalam era baharu,” Wang memberitahu wartawan pada satu sidang media pada sidang sampingan mesyuarat tahunan parlimen China.

    “Persahabatan antara dua negara ini tetap kukuh,” tambahnya.

    Pertemuan antara pemimpin China, Xi Jinping dan Presiden Vladimir Putin pada 4 Februari lalu di Beijing mendapat perhatian meluas, selepas satu kenyataan bersama dibuat mengesahkan ‘sokongan padu antara satu sama lain bagi melindungi kepentingan teras bersama.’

    Rusia mengesahkan pandangan China terhadap Taiwan sebagai ‘sebahagian China dan menentang sebarang bentuk kebebasan Taiwan, manakala China menyokong Rusia dalam penentangannya terhadap peluasan lebih besar NATO.

    Kerajaan Xi juga enggan mengkritik pencerobohan Rusia namun cuba menjauhkan diri daripada perang Putin dengan menyeru bagi dialog dan menghormati kedaulatan kebangsaan. – AP

    Wang Yi kelihatan di kamera televisyen ketika siaran langsung sidang medianya di Beijing mengenai Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...