Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Moderna umum kemudahan vaksin Afrika pertama di Kenya

    NAIROBI, 7 MAC – Pembuat vaksin Amerika Syarikat, Moderna mengumumkan hari ini yang ia akan membina kemudahan penghasilan suntikan mRNA pertamanya di Afrika selepas menandatangani perjanjian dengan kerajaan Kenya untuk menghasilkan sehingga 500 juta dos setahun.

    Syarikat itu berkata ia menjangkakan untuk melabur AS$500 juta dalam kemudahan baharu itu, yang akan menghasilkan vaksin untuk benua dengan 1.3 bilion orang yang sebahagian besar penduduknya telah disekat daripada akses kepada ubat COVID.

    “Memerangi pandemik COVID sejak dua tahun lalu telah memberikan peringatan tentang kerja yang mesti dilakukan untuk memastikan ekuiti kesihatan global. Moderna komited untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian,” kata CEOnya, Stephane Bancel.

    Moderna berkata ia berharap dapat menggunakan kemudahan itu untuk membekalkan dos COVID kepada negara itu seawal tahun depan, dalam usaha meningkatkan liputan vaksin di benua paling kurang imunisasi di dunia.

    “Pelaburan Moderna di Kenya akan membantu memajukan akses vaksin global yang saksama dan merupakan lambang perkembangan struktur yang akan membolehkan Afrika menjadi enjin pertumbuhan global yang mampan,” kata Presiden Kenya Uhuru Kenyatta. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...