Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Dembele menyinar, Barca belasah Athletic

    MADRID, 28 FEB – Ousmane Dembele menukar ejekan kepada sorakan di Camp Nou kelmarin dengan menjaringkan gol menakjubkan dan mencipta dua lagi dalam kemenangan 4-0 ke atas Athletic Bilbao.

    Penyudah cemerlang Dembele pada separuh masa kedua adalah gol pertamanya sejak jendela perpindahan Januari lalu, apabila Barca memberitahu pemain Perancis itu dia harus pergi jika dia enggan menandatangani kontrak baharu.

    Tetapi Xavi Hernandez bekeras untuk menyatukan semula Dembele dalam beberapa minggu lalu, dengan Barca memerlukan pemain berusia 24 tahun itu dalam perjuangan mereka untuk menamatkan saingan di empat teratas La Liga.

    “Hari ini dia adalah Dembele terbaik yang pernah kami lihat dan itulah yang kami mahukan,” kata Xavi.

    Kemenangan itu meletakkan Barcelona kembali ke tempat keempat, di atas Atletico Madrid dan kini hanya satu mata di belakang Real Betis, yang telah diheret ke bawah satu anak tangga selepas mereka tewas 2-1 kepada Sevilla kelmarin.

    Kemenangan Sevilla di tempat kedua mengurangkan jurang kepada Real Madrid kembali kepada enam mata.

    Selepas rundingan kontrak berakhir dengan tidak jelas, Dembele bermain di Camp Nou menentang Napoli dalam Liga Europa awal bulan ini, apabila Xavi membawanya sebagai pengganti kepada siulan dari penyokong tuan rumah yang marah.

    Namun ramai yang memberi sokongan kepada penyerang itu dalam permainan tersebut juga, menunjukkan ikatan emosi yang dialami peminat Barcelona, terperangkap antara menyokong pemain yang ingin digunakan Xavi dan melepaskan kekecewaan mereka terhadap hasratnya untuk pergi secara percuma. – AFP

    Reaksi Ousmane Dembele dan Memphis Depay meraikan gol dalam perlawanan antara Barcelona dan Atheltic Bilbao kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...