Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Banjir Pasir Mas: ‘Terburuk sejak 40 tahun lepas’

    PASIR MAS, 28 FEB – Penduduk Kampung Lubok Jong di sini, mendakwa banjir yang melanda kampung berkenaan bermula Jumaat lepas merupakan kejadian terburuk sejak 40 tahun lepas.

    Zuraiha Awang, 47, berkata hujan lebat berterusan tiga hari lepas menyebabkan rumahnya dinaiki air secara mendadak sehingga mengakibatkan kawasan sekitar kediamannya mula digenangi air malam tadi.

    “Sewaktu bah kuning pada 2014, paras air memasuki rumah saya hanya sedalam sekitar 0.3 meter, namun banjir kali ini paras air mencecah
    hampir dua meter.

    “Saya sekeluarga terpaksa mengharungi banjir sejauh 200 meter pada kedalaman melebihi hampir satu meter ke jalan raya untuk menumpang rumah saudara di kampung berdekatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Repek di sini hari ini.

    Sementara itu, Abdul Fatah Noh, 47, dari Kampung Seberang Merbau berkata banjir kali ini juga merupakan bencana banjir terburuk sejak beliau menetap di kampung berkenaan lebih empat dekad lepas, dan ia kejadian luar jangka.

    “Air mula memasuki ke dalam rumah ketika saya sedang menikmati makan malam dan tidak menyedari keadaan itu sehingga air mencecah lantai sehingga setinggi hampir dua meter.

    “Saya terpaksa meminjam perahu daripada jiran untuk mengharungi banjir sejauh 200 meter selain terpaksa membawa ibu saya (Saudah Mat Zain, 71) yang uzur untuk menyelamatkan diri,” katanya. – Bernama

    Pemandangan udara menunjukkan Pekan Rantau Panjang dan kawasan sekitar yang dilanda banjir akibat limpahan air dari Sungai Golok ketika tinjauan semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...