Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Dua ditahan cuba seludup sminuman keras

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    TEMBURONG, 11 OGOS – Seorang lelaki warganegara tempatan berumur 24 tahun dan seorang warganegara asing berumur 26 tahun berjaya ditahan di kawasan penurunan perahu Kampung Menengah, Daerah Temburong selepas cuba menyeludup 204 botol dan 96 tin minuman keras pelbagai jenis, hari ini.

    Serbuan tersebut dijalankan oleh Unit Operasi Khas (UOK), Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Terdahulu, semasa pemantauan dijalankan telah mendapati tiga orang suspek sedang memunggah bungkusan kotak yang mencurigakan daripada sebuah perahu untuk dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan.

    Sejurus pihak polis membuat serbuan, ketiga-tiga suspek melarikan diri menuju masuk ke dalam sungai, walau bagaimanapun dua daripada suspek telah berjaya diberkas manakala seorang lagi masih dalam pencarian.

    Pemeriksaan lanjut kemudian dijalankan dan mendapati bungkusan-bungkusan tersebut merupakan barangan tegahan berupa minuman keras yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini.

    Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bangar dan kemudiannya diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

    PPDB memandang serius akan kegiatan-kegiatan penyeludupan ini dan akan sentiasa membuat pemantauan serta menjalankan operasi-operasi bagi membanteras kegiatan sedemikian.

    Pihak polis juga menyarankan orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel laman sesawang PPDB www.police.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb.

    Barangan tegahan berupa minuman keras yang berjaya ditemukan oleh anggota penguat kuasa semasa serbuan yang dijalankan di kawasan penurunan perahu Kampung Menengah, Daerah Temburong, kelmarin.
    Semasa pemantauan, tiga suspek didapati sedang memunggah bungkusan kotak yang mencurigakan dari sebuah perahu untuk dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 polis cedera, 1 maut akibat serangan beruang

    TOKYO, 19 MEI - Pihak berkuasa Jepun memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada dengan beruang liar di timur laut negara itu selepas beberapa orang...