Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Durant bersedia kekal bersama Nets

    NEW YORK, 24 OGOS – Kevin Durant bersedia untuk kekal bersama Brooklyn Nets selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan kelab, menurut Nets dalam kenyataan kelmarin Selasa.

    Durrant, yang meminta untuk ditukar pada 30 Jun, bertemu pihak pengurusan atasan Nets di Los Angeles pada Isnin bagi membincangkan mengenai masa depannya.

    Kenyataan daripada pengurus pasukan Nets Sean Marks kelmarin menunjukkan bahawa pemain berusia 33 tahun itu, yang juga pemenang 12 kali NBA All-Star, akan kekal sebagai pemain Brooklyn. “(Ketua jurulatih) Steve Nash, bersama-sama dengan (pemilik kelab) Joe Tsai dan Clara Wu Tsai, menemui Kevin Durant dan Rich Kleiman di Los Angeles kelmarin,” Jelas Marks.

    “Kami telah bersetuju untuk maju ke hadapan dengan rakan kongsi kami. Kami lebih menumpukan perhatian pada bola keranjang, dengan satu matlamat kolektif iaitu membina pasukan berjaya yang berkekalan untuk membawa kejuaraan tersebut kepada Brooklyn.”

    Kenyataan itu dilihat telah menjelaskan spekulasi yang menyelubungi masa depan Durant. Sebilangan besar pasukan dilaporkan berminat untuk merekrut pemain yang ada dalam senarai mereka dalam usaha untuk menampung pemain bintang tersebut.

    Pada awal bulan, berbilang laporan AS menyatakan Durant mempunyai isu terhadap pemilik Nets Tsai – Memberitahu mereka sama ada memecat Marks dan atau memenuhi permintaanya untuk ditukarkan. Permintaan perpindahan Durant pada Jun kurang dari setahun selepas dia menyambung menandatangani kontrak selama empat tahun sebanyak AS$198 juta bersama Brooklyn.

    Walau bagaimanapun Durant bertambah kecewa dengan tujuan franchise merujuk kepada laporan, dan tidak sabar untuk perpindahan tersebut. Nets berhasrat untuk membina sebuah pasukan yang mantap bersama-sama Durant, James Harden dan Kyrie Irving. – AFP

    Aksi Kevin Durant cuba membuat jaringan semasa perlawanan di antara Brooklyn Nets menentang Boston Celtics pada 26 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...