Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Mayat pendaki bukit ditemui di Taman Negara Utah

    LOS ANGELES, 24 OGOS – Mayat seorang pendaki bukit yang dihanyutkan oleh banjir kilat di Taman Negara Utah telah ditemui, kata pegawai taman itu pada Selasa.

    Jetal Agnihotri, 29, berasal dari Arizona adalah salah seorang daripada beberapa pendaki bukit yang hilang pada hari Jumaat lalu selepas banjir kilat melanda kawasan Taman Negara Zion. Kematiannya diumumkan sehari kemudian selepas disahkan oleh pemeriksa perubatan. Kejadian itu menjadi peringatan terbaharu tentang bahaya mendaki di lembah batu merah yang sempit di taman selatan Utah semasa musim tengkujuh.

    Agnihotri mendaki bersama rakan-rakan melalui jurang terkenal yang dipanggil The Narrows apabila kumpulan itu dihanyutkan ke hilir oleh air banjir kilat yang memintas Sungai Virgin.

    Sementara kumpulan yang lain berjaya menyelamatkan diri, walau bagaimanapun Agnihotri tidak sempat menyelamatkan dirinya, mendorong pasukan penyelamat untuk memulakan misi pencarian yang menggunakan penyelamat terlatih air pantas, anjing pencari, dan lebih 170 responden kecemasan, kata Perkhidmatan Taman Negara.

    Seorang pendaki bukit yang cedera telah hanyut di bawa arus air sungai akibat banjir mengejut, manakala yang lain terkandas sehingga pasukan penyelamat sampai, kata Perkhidmatan Taman Negara. “Ucapan takziah ditujukan kepada rakan dan keluarga Jetal Agnihotri,” kata penguasa Taman Negara, Zion Jeff Bradybaugh dalam satu kenyataan. – AP/AFP

    Mayat Jetal Agnihotri ditemui di Taman Negara Zion pada hari Isnin, 22 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...