Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    England berdepan teka-teki tak berpenghujung

    DOHA, 7 DIS – Jurulatih England, Gareth Southgate berdepan dilema paling besar selepas dia memikirkan cara paling ampuh untuk menyekat prestasi cemerlang Kylian Mbappe dalam aksi suku akhir Piala Dunia pada Sabtu depan.

    Impian Southgate untuk membawa England mara ke peringkat separuh akhir buat kali ketiga dalam kejohanan utama bergantung pada penyelesaian masalah yang tampak mustahil untuk diselesaikan oleh mana-mana pasukan di Qatar.

    Bagaimana awda mengatasi pemain seperti Mbappe yang mempunyai kombinasi berbahaya?

    Australia, Denmark dan Poland ternyata gagal untuk memberikan jawapannya setelah Mbappe menjaringkan gol ketika menentang ketiga-tiga pasukan tersebut.

    Pemain pertahanan Poland, Matty Cash merumuskan teka-teki mengenai prestasi Mbappe selepas pemain penyerang Paris Saint-Germain itu dengan bijak meledak dua gol dalam aksi kemenangan 3-1 Perancis pada Ahad lalu.

    Ketua jurulatih England, Gareth Southgate (kiri), bersama pembantu jurulatih, Paul Nevin berbincang semasa sesi latihan rasmi di Kompleks Sukan Al Wakrah, Qatar. – AP

    “Saya tak tahu sama ada mahu melonggarkan pertahanan ataupun mengekori rapat,” kata Cash. “Apabila saya ikut rapat, dia terus pusing ke belakang. Apabila dia dapat dapat bola, pergerakannya terlalu laju.

    “Dia berada pada taraf yang berbeza. Kelajuan, pergerakan, lihatlah penyudahnya. Dia mempunyai segala-galanya.”

    Empat tahun selepas bermain sebagai pemain utama Perancis semasa Piala Dunia di Rusia, Mbappe kini merupakan pemain yang paling ditakuti dalam kejohanan ini.

    Pemain berusia 23 tahun itu telah menyumbat lima gol dalam empat perlawanan di Qatar.

    Kini giliran Southgate untuk memberikan jawapan kepada ujian Mbappe.

    “Lihat, dia ialah pemain bertaraf dunia yang sering mendatangkan hasil apabila diperlukan. Itulah apa yang pemain terbaik lakukan. Itulah juga cabaran yang bakal kami hadapi,” kata Southgate. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...