Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Erra Fazira seronok masuk konti

    Memulakan tugas sebagai penyampai radio sementara di slot Duo Sinar sejak 7 Februari lalu, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira (gambar) memberitahu kerjaya tersebut memberi satu kepuasan baharu buatnya.

    Erra atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 49, mengakui kerjaya itu sangat mencabar namun dia mula seronok dan jatuh cinta dengan tanggungjawab baharu itu.

    “Menjadi penyampai radio ini makin lama makin seronok. Saya rasa saya mula jatuh cinta dengan dunia penyampai radio ini. Saya rasa ini satu kepuasan selepas mencuba menjadi pelakon, penyanyi dan pengacara.

    Erra Fazira akui sentiasa cemas ketika nak bersiaran di radio. – Agensi

    “Ini sebenarnya kali kedua, sebelum ini saya buat pagi. Tapi segmen pagi dulu saya sampai demam. Bila dapat petang baru seronok sikit,” katanya kepada mStar.

    Erra berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Captain Dolphin yang berlangsung baru-baru ini.

    Kata Erra, tugas sebagai penyampai radio membantunya untuk petah berkata-kata walaupun dirinya seorang yang pendiam dan pemalu.

    “Saya seorang yang ‘introvert’ dan tidak banyak bercakap. Tugas sebagai penyampai radio memerlukan saya petah bercakap dan kongsi idea secara spontan.

    “Saya juga tak selesa menjadi pendiam dan pemalu sekali gus ia mencabar saya sebagai penyampai radio untuk menjadi lebih berani,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, Erra memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk menjadi penyampai radio sepenuh masa memandangkan masih terikat dengan komitmen lain.

    “Pihak Sinar FM ada menawarkan saya kontrak selama setahun tapi saya tak berani kerana itu melibatkan kerja hari-hari saya takut kerja lain tergendala. Tapi kalau untuk enam minggu saya okay,” kongsinya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 polis cedera, 1 maut akibat serangan beruang

    TOKYO, 19 MEI - Pihak berkuasa Jepun memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada dengan beruang liar di timur laut negara itu selepas beberapa orang...