Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    SR Yayasan sambut HK39

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Bagi menanamkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan warga sekolah, hari ini, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah mengadakan acara sambutan Hari Kebangsaan ke-39.

    Acara yang berlangsung di Courtyard SR YSHHB itu melibatkan pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 yang dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan diikuti dengan lagu sekolah.

    Bagi memberkati acara itu, bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat telah dibacakan oleh Awang Muhammad Nabil bin Haji Maidin diikuti dengan bacaan Ikrar Hari Kebangsaan yang diketuai oleh pelajar Tahun 6 Earth, Awangku Muhammad Amjad ‘Afifuddin bin Pengiran Haji Muhammad Yusri.

    Terdahulu, pelajar Tahun 6 Earth, Awang Muhammad Haziq bin Mustapa telah memimpin bacaan doa sekolah.

    Acara tersebut dimeriahkan dengan persembahan formasi membentuk HK-39 diikuti dengan persembahan Tunas Bangsa yang telah mempersembahkan gerak silat beradat yang terdiri daripada 21 orang pelajar Tahun 5.

    Turut hadir menyertai acara itu ialah Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

    Para pelajar kelihatan teruja semasa menyertai acara sambutan, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...