Muzik video single terbaharu penyanyi Aina Abdul berjudul Jadi Ajar Aku meraih perhatian peminat apabila menampilkan pelakon Fattah Amin sebagai model.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, menjelaskan pemilihan Fattah disebabkan menuruti permintaan ibunya iaitu Zaini Abdullah.
Kata Aina, ibunya menyebut nama Fattah sebaik sahaja mendengar lagu tersebut buat kali pertama.
“Mak Aina adalah orang pertama dengar lagu ini dan dia cakap kena ada hero dalam muzik video ini.
“Mak cakap panggilah Fattah untuk jadi hero dalam muzik video,” katanya.
Aina berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin.
Menerusi hantaran tersebut, Aina juga berkongsi beberapa babak dirinya bersama aktor berkenaan.
Berkongsi lebih lanjut, Aina berkata, lagu Jadi Ajar Aku itu ditulis pada April lalu
selepas dia selesai menunaikan umrah di Mekah.
Aina turut meluahkan penghargaan kepada Fattah kerana sudi bekerjasama sebagai hero dalam muzik video lagu tersebut.
“Lagu ini ditulis sebaik sahaja Aina habis umrah pada April tanpa sebarang piano disekeliling,” kongsinya. – Agensi