Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Finland kurangkan keluaran visa pelancong warga Rusia

    HELSINKI, 1 SEPT – Finland hari ini mengumumkan pengurangan jumlah visa yang dikeluarkan kepada warga Rusia kepada satu per sepuluh daripada jumlah biasa dalam langkah yang dilihat sebagai menunjukkan solidariti dengan Ukraine.

    Finland mengumumkan keputusan itu Ogos lalu di tengah-tengah tekanan yang meningkat daripada ahli politik dan rakyat biasa untuk menyekat pergerakan pelancong Rusia melalui negara Nordik itu ketika Moscow meneruskan aktiviti ketenteraan di Ukraine.

    Mulai 1 September, Finland hanya membenarkan warga Rusia memohon visa pelancong sekali seminggu dan hanya di empat bandar Rusia iaitu Moscow, St. Petersburg, Murmansk dan Petrozavodsk berhampiran sempadan Finland.

    Pada mesyuarat Prague, menteri luar Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk mengetatkan peraturan perjalanan untuk warga Rusia dalam blok 27 anggota tetapi tidak menemui konsensus untuk mengeluarkan larangan visa pelancong secara penuh. Di samping keputusan visa, Finland berkata kerajaan sedang meneroka usaha membantu pembela hak asasi manusia Rusia, anggota masyarakat sivil dan wartawan yang kritikal terhadap Kremlin dengan mewujudkan visa yang membolehkan mereka memasuki Nordik. – AP

    Trafik masuk ke Finland di stesen sempadan Nuijamaa di antara Finland dan Rusia di Lappeenranta, Finland. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jasad Anna Gutu, malim gunung ditemui selepas setahun hilang

    KATHMANDU, 19 MEI - Sepasukan pendaki gunung telah mendapatkan mayat pendaki Amerika Syarikat (AS) dan malim gunung yang tertimbus dalam runtuhan salji di Gunung...