Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Bekas penyiasat rasuah China dipecat

    BEIJING, 1 SEPT – Parti pemerintah Komunis China hari ini memecat bekas penyiasat rasuah tertinggi kerana ‘menyalahgunakan kuasa’ – pegawai kanan terbaharu yang dipecat dalam kempen anti-rasuah besar-besaran.

    Liu Yanping, bekas pegawai utama dalam Kementerian Keselamatan Negeri, didapati bersalah kerana menerima rasuah, kata badan pemerhati anti-rasuah tertinggi parti.

    Pemecatan beliau berlaku selepas dua bekas timbalan menteri untuk keselamatan awam – Sun Lijun dan Fu Zhenghua – juga dipecat kerana rasuah pada 2021.

    Liu ‘mengambil bahagian dalam geng politik Sun Lijun – dan menjalani gaya hidup mewah bermain golf dan menghadiri majlis bankuet, kata Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin (CCDI) dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...