Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Gangguan bekalan air di sebahagian Temburong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kerja-kerja penyambungan paip air baharu di Tangki Air Sibulu, Tangki Air Lakiun dan berdekatan simpang Bokok Temada yang akan dilaksanakan esok, bermula jam 8 pagi hingga 2 petang.

    Oleh yang demikian, beberapa kawasan termasuk keseluruhan Mukim Bokok, sepanjang Jalan Sibulu termasuk Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rataie sehingga Kampung Buda-Buda, sepanjang Jalan Bokok Temada serta kawasan sekitarnya, sepanjang Jalan Kampung Batu Apoi sehingga Pos Kawalan Labu dan kawasan sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air terutama di kawasan tinggi.

    Dalam pada itu, JKR ingin memberi jaminan kepada orang ramai setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    Selain itu, JKR menyeru memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air dan menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...