Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    AS peruntuk AS$2 juta musnahkan periuk api

    MOSCOW, 12 SEPT – Amerika Syarikat (AS) akan memperuntukkan AS$2 juta bagi  memusnahkan periuk api di wilayah konflik antara Armenia dan Azerbaijan pada 2020, menurut Jabatan Negara AS.

    “Untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama serantau, Amerika Syarikat dengan sukacitanya mengumumkan peruntukan bernilai AS$2,000,000 untuk operasi membersihkan periuk api dari kawasan yang terjejas akibat pertempuran sengit di antara tentera Armenia dan Azerbaijan di Caucasus Selatan ketika musim luruh 2020,” menurut Jabatan Negara dalam satu kenyataan pada Ahad.

    Periuk api dan kelengkapan senjata yang ditanam di zon konflik “terus mengorbankan nyawa dan mencederakan orang awam, menyekat pembangunan ekonomi, dan menghalang masyarakat setempat untuk kembali semula ke tanah air.” AS telah memperuntukkan AS$500,000 untuk memusnahkan periuk api di wilayah itu pada November 2021.

    Konflik antara Azerbaijan dan Armenia yang berlangsung selama beberapa dekad hingga mengakibatkan ribuan nyawa terkorban memuncak pada September 2020 di Nagorno-Karabakh.

    Permusuhan berakhir dengan pengisytiharan gencatan senjata tiga hala pada November tahun lalu dengan Rusia bertindak sebagai orang tengah. Pihak-pihak berkaitan turut bersetuju dengan penempatan pasukan pengaman Rusia untuk mengawasi gencatan senjata itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...