Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Gempa bumi 6.0 magnitud landa Indonesia

    ANKARA, 28 APRIL – Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Maluku, wilayah Indonesia yang merangkumi Kepulauan Maluku tengah dan selatan, pada Jumaat, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu, lapor Anadolu.

    Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan. Gegaran dirasai pada kira-kira pukul 16:19 waktu tempatan (0919GMT).

    Gempa bumi itu dicatatkan pada kedalaman 60 kilometer (37 batu), dengan pusat gempa sekitar 167 kilometer (103 batu) di timur laut bandar Tual, menurut BMKG. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...