Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Google bakal tutup permainan video Stadia

    SAN FRANCISCO, 30 SEPT – Google berkata semalam ia akan menutup Stadia, perkhidmatan permainan video awan yang dilancarnya tiga tahun lalu untuk membenarkan orang mengakses permainan konsol dengan mudah.

    “Ia gagal menerima sambutan daripada pengguna seperti yang kami jangkakan, maka kami mengambil keputusan sukar untuk menutup perkhidmatan penstriman Stadia,” kata naib presiden Google Phil Harrison dalam hantaran blog.

    Google berkata ia akan membayar balik pembelian perkakasan Stadia, seperti alat kawalan serta kandungan permainan yang dibeli menerusi kedai dalam taliannya, dan pemain diberikan akses kepada perkhidmatan itu sehingga 18 Januari tahun depan, tambah beliau.

    “Mereka mempunyai idea yang hebat tetapi model perniagaan yang teruk,” kata penganalisis Wedbush Securities Michael Pachter mengenai Stadia.

    “Mereka cuba menawarkan perkhidmatan sebagai langganan tanpa permainan.”

    Sementara itu, pengeluar Xbox Microsoft, menawarkan perkhidmatan Game Pass ‘dengan pelbagai permainan,’ menjadikannya opsyen yang lebih menarik untuk pemain, kata Pachter.

    Game Pass mempunyai kira-kira 25 juta pelanggan, sementara Stadia mempunyai kurang satu juta, menurut penganalisis.

    Microsoft dianggap pemimpin permainan penstriman video dengan perkhidmatan Xbox Game Pass dan komuniti pemain yang ramai menggunakan konsol dan komputernya. – AFP

    Kelihatan logo Stadia di petak Google Stadia semasa pameran permainan video Gamescom di Cologne, barat Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...