Wednesday, May 1, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Korea S kurangkan penggunaan bahan api awam

    SEOUL, 30 SEPT – Kerajaan Korea Selatan akan menguatkuasakan langkah mengurangkan penggunaan tenaga oleh institusi awam sebanyak 10 peratus mulai bulan depan bagi menangani kos tenaga yang melambung tinggi, kata kementerian kewangan, hari ini.

    Semua institusi awam pusat dan wilayah dikehendaki melaksanakan langkah penjimatan tenaga, seperti mengehadkan suhu dalaman bangunan dan mematikan lampu luar bangunan, lapor agensi berita Yonhap yang memetik laporan kementerian berkenaan.

    “Ekoran unjuran permintaan tenaga yang tinggi pada musim sejuk, selain kemungkinan pengurangan bekalan tenaga dari Rusia, krisis tenaga semasa dikhuatiri berterusan,” kata Menteri Kewangan, Choo Kyung-ho pada mesyuarat tergempar menteri ekonomi.

    Kerajaan juga akan melancarkan kempen di seluruh negara untuk menggalakkan orang ramai menyertai usaha itu, dan kerajaan akan berusaha untuk melaksanakan reformasi struktur ekonomi bagi mencapai kecekapan tenaga, katanya,

    Kerajaan juga meminta syarikat-syarikat besar untuk menetapkan matlamat penjimatan tenaga masing-masing dan berjanji untuk mendesak supaya intensif cukai untuk pembangunan teknologi berkaitan, dilanjutkan, menurut Yonhap.

    Harga bahan api dunia melonjak berikutan perang yang berpanjangan di Ukraine. Harga gas asli cecair melonjak kepada AS$55 bagi setiap juta unit termal British pada Ogos, berbanding AS$10 pada suku pertama tahun lalu.

    Kerajaan Korea Selatan juga berjanji “menormalisasikan” kadar elektrik dan bil utiliti lain untuk menggalakkan penggunaan tenaga cekap, dan memastikan bekalan tenaga yang stabil dengan menghalang firma utiliti awam daripada mengalami kerugian besar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

    TOKYO, 1 MEI - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan...