Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    GP Mexico lanjut kontrak tiga tahun

    BANDAR MEXICO, 28 OKT – Grand Prix Bandar Mexico akan kekal dalam kalendar Formula Satu (F1) sehingga tahun 2025 selepas menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun, Ketua F1, Stefano Domenicali mengesahkan kelmarin.

    Perlumbaan penghujung musim itu telah menarik ramai pengunjung dan peminat serta popular dengan pemandu dan pasukan yang menikmati suasana di bandar itu.

    “Setiap tahun, perlumbaan ini berjaya menarik ramai peminat dan persekitaran di sini sangat menakjubkan dan saya tahu semua orang pasti gembira dengan berita ini,” kata Domenicali.

    “Saya mahu berterima kasih kepada Claudia Sheinbaum, Ketua Kerajaan untuk Bandar Mexico, dan Alejandro Soberon serta pasukannya di atas komitmen berterusan terhadap F1 dan atas kejayaan menganjurkan acara ini.”

    Acara ini yang sebelumnya dikenali sebagai Grand Prix Mexican, namun bertukar pada tahun 2020 selepas kerajaan persekutuan menarik balik sokongannya. Kalendar tahun depan dijadualkan sebagai rekod maraton 24 perlumbaan akan bermula di Bahrain pada 5 Mac dan berakhir di Abu Dhabi pada 26 November, termasuk perlumbaan di China dan Qatar, serta lokasi baharu di Las Vegas. – AFP

    Alejandro Soberon, presiden GP Mexico City, (dari kiri), Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum dan Stefano Domenicali, memotong reben semasa perasmian F1 GP Mexico City, di Litar Lumba Hermanos Rodriguez, Mexico City, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...