Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    3 pelakon dapat anugerah dekan

    Seramai 28 orang penggiat seni terdiri daripada pelbagai cabang menerima pengiktirafan atas kejayaan mereka memperoleh Anugerah Dekan sepanjang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).

    Antara mereka yang menerima anugerah berkenaan termasuklah penyanyi Amir Masdi, Tomok dan Haziq. Sementara pelakon Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Fattah Amin, Pekin Ibrahim serta beberapa pengurus artis dan wartawan hiburan turut menerima anugerah sama.

    Berkongsi pengalaman sepanjang melanjutkan pengajian, Amir atau Amir Syazwan Masdi, 26, berkata, ijazah tersebut adalah berkat kejayaan mengharungi pelbagai cabaran sebagai seorang pelajar dan penyanyi.

    “Paling penting ibu bapa saya paling bangga dengan pencapaian akademik ini. Saya juga sangat bersyukur kerana berjaya mengharungi semua cabaran sepanjang pengajian.

    “Mungkin dengan ilmu ini saya boleh manfaatkan untuk bantu industri jika tidak lagi aktif menyanyi pada masa depan,” katanya. Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian anugerah tersebut yang berlangsung di Damansara pada Khamis.

    Seramai 28 orang penggiat seni terdiri daripada pelbagai cabang menerima pengiktirafan atas kejayaan mereka memperoleh Anugerah Dekan sepanjang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM). – Agensi

    Sementara itu, Pekin atau Mohd Izhan Ibrahim, 41, berkata, hasrat melanjutkan pengajian adalah disebabkan melihat adik-beradiknya yang lain sudah memiliki segulung ijazah.

    Sebagai anak bongsu dalam keluarga, Pekin terdorong untuk mengikut jejak langkah keluarga yang lain dan bersyukur impian itu akhirnya terlaksana.

    “Saya ini anak bongsu, apabila adik-beradik lain ada ijazah, mestilah saya pun terdorong nak ikut jejak mereka.

    “Bukan mudah nak mengharungi segala cabaran. Terpaksa bahagi masa untuk kelas, perniagaan dan juga lakonan,” ujarnya.

    Sama seperti Pekin, Fattah juga berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh kuliah namun kejayaan ini membakar semangatnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

    “Syukur Alhamdulillah akhirnya tamat pengajian. Rasanya sepanjang tahun 2017 adalah tempoh paling sukar sebab ketika itu saya terlibat dengan banyak penggambaran.

    “Saya ada niat untuk sambung ke peringkat seterusnya tapi belum ada perancangan dalam masa terdekat,” katanya.

    Pada acara itu, Dekan Fakulti Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM, Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin turut hadir menyampaikan anugerah kepada semua penerima. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...