Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Hamilton luah kebimbangan menjelang pembukaan F1

    PARIS, 14 MAC – Lewis Hamilton percaya peminat akan merasa terkejut apabila musim Formula Satu bermula pada hujung minggu depan dan dia akan memulakan saingan untuk merampas kembali kejuaraan selepas tewas kepada Max Verstappen di pusingan terakhir perlumbaan final.

    Hamilton yang merupakan juara F1 tujuh kali – enam kali bersama Mercedes – merasa ragu mengenai adakah kereta W13 cukup pantas untuk memenangi perlumbaan pertama di Bahrain, dan mungkin beberapa perlumbaan selepas itu.

    “Saya rasa semua orang akan merasa terkejut. Ia sedikit berbeza tahun ini,” ujar pelumba berusia 37 tahun dari Britain itu. “Buat masa ini saya tidak merasakan kami bersaing untuk menang.”

    Hamilton menegaskan dia tidak bergurau atau perang minda, atau Mercedes secara sengaja memperlahankan kenderaan sementara secara berahsia menahan sesuatu untuk dilakukan kepada pesaing pada Ahad depan di Sakhir.

    “Kami mempunyai cabaran yang lebih besar dan ia bukan perubahan yang dapat dilakukan sekelip mata, saya rasakan ia akan mengambil sedikit masa. Dari apa yang saya diberitahu kami akan mengetahui kepantasan,” kata Hamilton. “Kami mempunyai beberapa halangan untuk diatasi, dan jelas sekali minggu hadapan kami akan menunjukkan kepantasan kami dengan lebih baik.”

    Ia bukan sesuatu semangat yang biasa ditunjukkan Hamilton, pemegang rekod F1 dengan 103 kemenangan dan 103 petak hadapan. Dia hanya beberapa minit untuk menjadi pemandu paling berjaya dalam F1 sebelum kemenangan kontroversi Verstappen di Abu Dhabi menghancurkan impian itu.

    Itu merupakan perlumbaan terakhir era dua pasukan, didominasi oleh Hamilton dan Mercedes selepas Red Bull dan Sebastian Vettel menikmati empat tahun yang gemilang.

    Tetapi F1 mahukan perubahan, lebih ramai pemandu lain berpeluang meraih kemenangan, dana dikurangkan untuk pasukan besar untuk mendominasi perlumbaan. – AP

    Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton meluahkan kebimbangan mengenai kereta baharu Mercedes mungkin tidak cukup pantas untuk bersaing pada musim ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...