Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Hari terbuka di IBTE JBC sambut bakal pelajar

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 8 MAC – Sebagai sebahagian daripada acara tahunan untuk menyediakan peluang kepada bakal pelajar mendapatkan maklumat mengenai pelbagai program yang ditawarkannya, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah (JBC), Kuala Belait mengadakan Hari Terbuka 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

    Beberapa petak pameran telah diadakan di sekitar dewan serba guna kampus yang dijaga oleh kakitangan dari setiap sekolah dan jabatan kampus yang berkenaan. Ini termasuk Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Satelit, Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Akademi Maritim Brunei.

    Turut diadakan sepanjang acara itu adalah taklimat kepada pelajar yang melawat dari sekolah-sekolah di seluruh daerah, dan meja bantuan TVECAS bagi membantu memohon secara dalam talian.

    Hari terbuka berkenaan memberi peluang kepada bakal pelajar dan ibu bapa serta penjaga mendapatkan penjelasan lanjut mengenai program-program yang ditawarkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...