Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Huawei: Pendapatan merosot 2.2% tahun ini

    BEIJING, 28 OKT – Pendapatan syarikat gergasi teknologi China Huawei meningkat pada suku terbaharu apabila jualan infrastruktur membantu mengimbangi kerugian pada perniagaan telefon pintarnya di bawah sekatan AS, menurut angka yang dikeluarkan kelmarin.

    Hasil dalam sembilan bulan pertama 2022 merosot 2.2 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 445.8 bilion yuan (AS$63.1 bilion), menurut syarikat pembuat peralatan rangkaian terbesar untuk telefon bimbit dan internet. Berdasarkan data yang dikeluarkan sebelum ini, mencadangkan pendapatan suku ketiga meningkat 6.5 peratus daripada setahun lalu kepada 144.2 bilion (AS$19.9 bilion).

    Huawei Technologies Ltd., merupakan jenama teknologi global pertama China, telah bergelut sejak Presiden Donald Trump menyekat akses kepada cip pemproses AS dan teknologi lain pada 2019. Syarikat itu menafikan tuduhan Amerika bahawa ia berisiko atas keselamatan dan mungkin memudahkan pengintipan China.

    Huawei telah meningkatkan pembangunan teknologi rangkaian untuk kereta, hospital, lombong dan pembuatan. Ia mengatakan bahawa ia kurang terdedah kepada sekatan AS.

    Syarikat itu berkata margin keuntungannya untuk sembilan bulan pertama 2022 ialah sebanyak 6.1 peratus, iaitu kira-kira 27 bilion yuan ($3.7 bilion). Ia berkata ia adalah penurunan daripada tahun sebelumnya tetapi tidak memberikan butiran.

    “Kemerosotan dalam perniagaan peranti kami terus perlahan, dan perniagaan infrastruktur ICT kami mengekalkan pertumbuhan yang stabil,” kata Eric Xu, salah seorang daripada tiga eksekutif Huawei yang bergilir-gilir menjadi pengerusi, dalam satu kenyataan.

    Tahun ini “mungkin terbukti paling mencabar” untuk telefon pintar dan peranti lain, kata kenyataan syarikat yang berasingan. Ia tidak memberikan butiran jualan. – AP

    Pengunjung berjalan melepasi firma teknologi China Huawei di PT Expo di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tindakan China undang bahaya terhadap helikopter tentera laut Australia

    MELBOURNE, 6 MEI - Australia telah mengemukakan bantahan kepada Beijing bahawa sebuah jet pejuang China telah membahayakan sebuah helikopter tentera laut Australia dengan suar...