Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI – Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan hujan lebat dan ribut petir, kata Ketua Menteri negeri, N. Biren Singh hari ini, lapor Xinhua.

    Hujan tanpa henti dilaporkan melanda negeri itu sejak dua hari lepas, menjejaskan kehidupan seharian penduduk.

    Beberapa rumah dan kenderaan rosak di pelbagai bahagian negeri, termasuk Canchipur dan Tera di daerah Imphal Barat, dengan hujan batu merosakkan bumbung kediaman, lapor akhbar The Hindu.

    “Saya menggesa semua untuk kekal mengikuti perkembangan dan kekal selamat di dalam rumah. Kerajaan negeri mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi nyawa dan harta benda serta membantu mereka yang terjejas,” tulis Singh di X. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...