Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Airbus labur dalam simulator helikopter ketiga

    KUALA LUMPUR, 6 MEI – Pengeluar pesawat, Airbus merancang untuk melabur dalam simulator penerbangan helikopter ketiganya di Subang, Selangor, dengan operasi dijangka bermula menjelang 2026.

    Ketua Wakil Malaysia, Burhanudin Noordin Ali berkata, simulator itu akan digunakan untuk helikopter H175.

    Sekarang ini terdapat dua simulator bagi helikopter H225 serta AS365, kata Burhanudin Noordin kepada media sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 hari ini.

    Pusat Simulasi Airbus Helicopters Malaysia, sebuah usaha sama dengan Boustead Heavy Industries Corporation terletak di Subang.

    Presiden Airbus Asia-Pasifik, Anand Stanley berkata, H225M akan menjadi kemuncak utama DSA dan NATSEC tahun ini.

    Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan salah satu operator global H225M. Sebanyak 12 H225M berada dalam perkhidmatan TUDM untuk fungsi ketenteraan dan kemanusiaan.

    “Kami mahu memastikan Malaysia terus mendapat akses kepada produk tercanggih dan terbaik dalam kelas daripada Airbus,” katanya.

    Airbus melalui satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa Malaysia adalah pasaran penting untuk helikopter tentera, pertahanan dan perniagaan angkasa lepas selain menyatakan komitmennya bagi mengukuhkan kehadiran firma aeroangkasa itu. – Bernama

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...