Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Atos pertimbangkan tawaran penstrukturan semula kewangan

    PARIS, 6 MEI – Kumpulan syarikat teknologi Perancis yang bergelut, Atos, rakan kongsi Sukan Olimpik dan kontraktor pertahanan utama Perancis, hari ini berkata ia akan membuat keputusan mengenai tawaran penstrukturan semula kewangan menjelang 31 Mei.

    Atos, yang mengendalikan superkomputer untuk penghalang nuklear Perancis, memegang kontrak dengan tentera Perancis dan merupakan rakan kongsi IT untuk Sukan Olimpik Paris, telah merosot dengan beban hutang hampir AS$5.4 bilion.

    Kumpulan itu berkata minggu lalu ia kini memerlukan 1.1 bilion euro dalam bentuk tunai untuk terus bertahan pada 2024-2025, meningkat daripada anggaran sebelumnya sebanyak 600 juta euro. Ia juga berusaha untuk mengurangkan hutangnya sebanyak
    3.2 bilion euro.

    Atos dalam kenyataan hari ini berkata, lembaganya telah menerima empat tawaran penstrukturan semula kewangan, kelmarin.

    Tawaran-tawaran itu dibuat oleh firma pelaburan Amerika Syarikat (AS), Bain Capital; Equity Investment milik bilionair Czech, Daniel Kretinsky; pemegang saham terbesar Onepoint, dan sekumpulan pemegang bon dan bank-bank.

    Atos berkata, ia telah menolak tawaran Bain Capital tetapi akan bekerjasama dengan pemiutangnya untuk memilih satu daripada cadangan lain menjelang 31 Mei, dengan tujuan mencapai perjanjian penstrukturan semula menjelang Julai.

    Sukan Olimpik bermula pada 26 Julai tetapi Atos menegaskan bahawa masalah kewangannya tidak akan mengganggu operasinya semasa acara itu, yang mana ia akan
    memberikan keputusan masa nyata dan mengurus lebih 300,000 akreditasi.

    “Kami kini akan bekerjasama dengan pemiutang kewangan kami untuk mencari penyelesaian menjelang 31 Mei yang akan diterima oleh mereka dan konsisten dengan parameter yang telah kami kongsikan,” kata ketua eksekutif Atos, Paul Saleh. – AFP

    Ibu pejabat ATOS di Bezons, berhampiran Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...