Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Erdogan buka semula Masjid Kariye di Istanbul

    ISTANBUL, 6 MEI – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini telah merasmikan pembukaan semula Masjid Kariye, yang telah diubahsuai daripada gereja Ortodoks kuno di Istanbul, empat tahun selepas beliau memerintahkan pengubahsuaian tersebut.

    Pada tahun 2020, Erdogan mengarahkan bangunan tersebut – yang merupakan sebuah gereja Byzantine, kemudian diubah menjadi masjid dan seterusnya menjadi muzium – untuk ditukar menjadi tempat ibadah Muslim.

    Tindakan itu dilakukan sebulan selepas keputusan kontroversi yang serupa mengenai Hagia Sophia yang dilindungi Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

    Kedua-dua perubahan itu menunjukkan usaha Erdogan untuk menyokong pengikutnya yang lebih konservatif dan nasionalis.

    Namun, tindakan itu menambah masalah Turkiye berkaitan dengan gereja Ortodoks dan Katolik.

    Erdogan hari ini telah membuka Masjid Kariye untuk ibadat selepas empat tahun dipulihkan, semasa upacara di istana presiden di ibu negara, Ankara.

    Keputusan pada 2020 untuk pengubahsuaian itu menimbulkan kemarahan negara jiran, Greece, yang menyebut langkah itu sebagai ‘satu lagi provokasi terhadap penganut agama di mana-mana’.

    The Holy Savior in Chora ialah sebuah gereja Byzantine yang dihiasi dengan lukisan dinding Penghakiman Terakhir abad ke-14 yang masih dihargai oleh orang Kristian. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...