Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar – PKBM

    KUALA LUMPUR 6 MEI – Peluang trio pecut wanita Malaysia yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar kerana jarang ada negara menarik diri daripada menyertai acara berkenaan.

    Malah Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill merasakan perkara itu kemungkinan tidak akan terjadi kerana setiap negara mempunyai senarai pelumba simpanan untuk dibawa masuk ke dalam pasukan sekiranya berlaku kejadian luar jangka.

    “Hampir mustahil untuk sesiapa menarik diri melainkan sesuatu yang sangat buruk berlaku ke atas sesuatu pasukan tetapi untuk pelumba negara kita berada dalam senarai menunggu itu sudah baik.

    “Jadi kita tidak begitu jauh (untuk layak ke Olimpik). Saya rasa kita jangan lihat di Paris sahaja, tetapi kita harus melihat di Olimpik Los Angeles 2028,” katanya kepada pemberita.

    Pasukan berbasikal trek wanita Malaysia bergantung kepada situasi apabila terdapat mana-mana negara menarik diri daripada menyertai acara berkenaan di temasya empat tahun sekali itu.

    Skuad pecut wanita Malaysia dilaporkan menduduki ranking kesembilan Olimpik, ke-11 dunia.

    Trio pecut wanita itu dibarisi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Anis Amira Rosidi.

    Nurul Izzah Izzati ketika ini menjadi satu-satunya pelumba trek wanita yang menempah slot ke Olimpik Paris bagi acara keirin dan pecut selain turut ditemani Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

    Dalam perkembangan lain, Amarjit mengakui gusar setiap kali pelumba negara mengambil bahagian dalam perlumbaan kompetitif terdekat di Siri Piala Trek Jepun pada 9 hingga 12 Mei ini sebagai persediaan ke Olimpik. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...