Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Inter bolot mata penuh

    MILAN, 21 OGOS – Inter Milan membolot dua kemenangan daripada dua perlawanan di Serie A selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Spezia kelmarin semasa Romelu Lukaku membuat kepulangan ke San Siro, sementara Domenico Berardi menghadiahkan kemenangan untuk Sassuolo 1-0 menewaskan Lecce.

    Lautaro Martinez, Hakan Calhanoglu dan Joaquin Correa meledak gol di hadapan peminat sendiri untuk memastikan pasukan memungut enam mata untuk pasukan ketika mereka berusaha merampas kembali gelaran daripada seteru tempatan, AC Milan.

    Sementara itu, Milan akan membuat kunjungan ke Atalanta hari ini.

    Lukaku mungkin gagal menjaringkan gol sebelum digantikan pada minit ke-68, namun dia menjadi penyumbang penting dalam dua gol pertama Inter.

    Lukaku membuat tandukan hasil daripada hantaran Nicolo Barella untuk membolehkan Martinez memecahkan kebuntuan 10 minit sebelum separuh masa, membuat rembatan kencang untuk menjaringkan gol pertama pada musim ini.

    Reaksi Lautaro Martinez meraikan gol bersama Romelu Lukaku untuk membuka jaringan buat Inter menentang Spezia, 20 Ogos lalu. – AP

    Ia adalah pertama awal kemunculan semula gandingan berbisa yang menggerunkan Seria A ketika tempoh pertama Lukaku bersama Inter sebelum membuat perpindahan besar ke Chelsea musim panas lalu.

    “Kami gembira kerana bermain dengan baik. Kami kini mempunyai enam mata,” kata Martinez.

    Penyerang Belgium itu kemudiannya memulakan serangan yang membolehkan Calhanoglu untuk menggandakan kedudukan tuan rumah tujuh minit sebelum separuh masa.

    Dia meluru ke kawasan Spezia yang kemudian disudahkan dengan tenang oleh pemain antarabangsa Turki, Calhanoglu, menewaskan penjaga gawang, Bartlomiej Dragowski.

    Correa melengkapkan kemenangan pada minit ke-82 melalui percubaan mudah, yang dibantu oleh pemain gantian, Edin Dzeko.

    Dalam perlawanan berasingan, penyerang Itali, Berardi meraikan pelanjutan kontrak baharu dengan menyumbat gol kemenangan menentang Lecce yang membuatkan lawan mereka kekal gagal memungut sebarang mata musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    20 maut bas jatuh dalam gaung

    KHAPLU, 3 MEI - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di wilayah pergunungan utara Pakistan, kata polis hari ini. Dalam...