Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ITPSS terima akreditasi ISO

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – ITPSS Sdn Bhd berjaya memperoleh akreditasi rasmi standard ISO/IEC 17025:2017 (AR 3125:2019) bagi Makmal Forensik Digital Kebangsaan (NDFL), Cyber Security Brunei baru-baru ini.

    Akreditasi ISO itu telah dianugerahkan oleh Lembaga Akreditasi Kebangsaan Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANAB) iaitu sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan akreditasi kepada organisasi sektor kerajaan, awam dan swasta di seluruh dunia.

    ISO/IEC 17025: 2017 adalah salah satu piawaian antarabangsa yang penting dan sangat dihormati untuk kecekapan makmal ujian dan penentukuran.

    Akreditasi ini menandakan pencapaian penting, dengan NDFL menjadi makmal forensik digital yang pertama dan satu-satunya di Negara Brunei Darussalam dan antara beberapa yang terpilih di rantau ini untuk mencapai piawaian sedemikian.

    Ia juga meletakkan NDFL pada landasan yang lebih kukuh untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggannya yang kebanyakannya terdiri daripada agensi penguatkuasaan undang-undang.

    NFDL memudahkan penyiasatan forensik digital dengan menyediakan kemudahan makmal digital kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan di Negara Brunei Darussalam.

    Terdiri daripada penganalisis tempatan, NDFL adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan kepakaran keselamatan siber di negara ini, khususnya forensik digital dan penyiasatan jenayah siber.

    ITPSS berjaya raih akreditasi ISO dari Lembaga Akreditasi Kebangsaan Institut Piawaian Kebangsaan Amerika.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...