Monday, May 6, 2024
26.2 C
Brunei

    -

    Intracorp anjur Karnival Philips

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Intracorp Sdn Bhd selaku pengedar barangan elektronik di Brunei mengadakan Karnival Philips bermula hari ini hingga Ahad di The Mall Gadong.

    Sehubungan itu, pengamal media tempatan telah diundang bagi sesi penerangan beberapa produk elektronik Philips baharu yang boleh didapati semasa karnival itu.

    Tiga produk Philips baharu telah diperkenalkan termasuk air purifier terkini yang dapat membersihkan ruang bilik yang tercemar dalam masa 10 minit, air fryer serta vakum tiga dalam satu yang juga berfungsi menjadi mop lantai.

    Beberapa acara turut disusun untuk orang ramai bagi memeriahkan lagi karnival tersebut, termasuk demo memasak, Fun & Treat, Fun & Win dan promosi diskaun bagi barangan terpilih.

    Pengunjung yang datang mencuba sendiri produk Philips pada karnival yang dianjurkan Intracorp di The Mall, kelmarin.
    Kakitangan Intracorp bergambar ramai pada karnival tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...