Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    KPWKM santuni keluarga OKU dibunuh di Bau

    PUTRAJAYA, 6 JAN – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyantuni keluarga kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dipukul dan dibunuh di Bau, Sarawak baru-baru ini, selaras dengan Seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2001 berkaitan pemeliharaan dan pelindungan.

    Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya memandang serius kes pembunuhan tersebut.

    “Saya dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berkenaan kes itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun didakwa dipukul sehingga mati dengan mayatnya disumbat dalam guni dan dibuang ke dalam semak, disyaki dilakukan teman lelaki kepada ibu kanak-kanak tersebut.

    Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata lelaki itu serta ibu mangsa telah ditahan, dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

    Datuk Seri Nancy Shukri bercakap pada sidang media selepas melawat Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...