Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Isu kecederaan jejas kemaraan Nadal?

    LONDON, 7 JULAI – Rafael Nadal mengakui dia kurang pasti sama ada dia akan kekal cergas untuk menentang Nick Kyrgios pada separuh akhir Wimbledon Jumaat ini selepas kecederaan perut hampir memaksanya untuk berhenti menentang Taylor Fritz kelmarin.

    Pilihan kedua itu terpaksa mengambil masa tamat perubatan pada set kedua dan bertarung untuk menjamin kemenangan 3-6, 7-5, 3-6, 7-5, 7-6 (10/4) dalam saingan melelahkan yang berlangsung selama empat jam dan 21 minit.

    Terdahulu, pemain pilihan Australia, Kyrgios menewaskan pemain Chile Cristian Garin dengan kememangan selesa 6-4, 6-3, 7-6 (7/5).

    Nadal yang juga juara 2008 dan 2010, berkata dalam sidang akhbar selepas perlawanannya bahawa dia tidak pasti dengan perjalanan penyertaannya dalam kejohanan itu ketika dia menyasarkan perlawanan ketiga Grand Slam.

    “Saya tidak dapat memberikan jawapan yang jelas kerana jika saya berlaku sedemikian, dan esok perkara yang tidak diingini berlaku, saya akan menjadi seorang yang penipu,” kata pemain berusia 36 tahun itu.

    Nadal, yang diberikan rawatan semasa perlawanan, berkata dia akan menjalani ujian kesihatan sebelum memutuskan sama ada untuk bermain di Kelab All England.

    Pemain Sepanyol tersebut turut mengakui bahawa bapa dan kakaknya telah menasihatkannya supaya berhenti meneruskan perlawanan suku akhir menentang Fritz tetapi Nadal kurang bersetuju dengan cadangan tersebut.

    “Saya telah berjuang semampu yang boleh,” katanya. “Saya bangga dengan semangat juang dan cara saya berjaya untuk bersaing dalam keadaan itu,” tambahnya.

    Kyrgios, yang berada di kedudukan ke-40 dunia merupakan ancaman besar kepada Nadal. – AFP

    Reaksi Rafael Nadal selepas kehilangan satu mata menentang Taylor Fritz semasa perlawanan suku akhir perseorangan lelaki pada hari ke-10 kejohanan tenis Wimbledon di London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...