Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Jokic, Murray bantu Nuggets mendahului Miami

    MIAMI, 8 JUN – Nikola Jokic dan Jamal Murray mendominasi Miami Heat, setelah kedua-duanya membuat triple-double ketika Denver Nuggets mendahului 2-1 dalam final NBA dengan kemenangan 109-94 dalam perlawanan ketiga hari ini.

    Pemain Paling Berharga NBA dua kali, Jokic menjaringkan 32 mata dengan 21 rebound dan 10 assists, kombinasi triple-double yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam perlawanan final NBA.

    Murray menjaringkan 34 mata dan meraih 10 rebound dan 10 assists yang melengkapkan triple-doublenya sendiri dengan rebound pada saat-saat akhir.

    Ia adalah kali pertama mana-mana pasukan dalam perlawanan final mempunyai dua pemain membuat triple-double dalam permainan yang sama dan kali pertama dalam mana-mana perlawanan NBA, musim biasa mahupun playoff, di mana dua rakan sepasukan mencatatkan 30 mata triple-double.

    Miami menemui jalan buntu untuk mengendalikan Jokic yang berketinggian 2.11 meter, melainkan jurulatih Erik Spoelstra boleh membuat rancangan sebelum perlawanan keempat Sabtu ini, Heat akan menghadapi pertarungan yang sukar.

    Aksi Jokic (kiri), semasa bersaing dengan pemain Miami Heat, Max Strus semasa separuh masa pertama perlawanan final NBA di Miami kelmarin. – AP

    Jokic menjadi pemain pertama dalam sejarah NBA yang mencapai 30 mata, 20 rebound, 10 assist dalam perlawanan final tetapi tidak berminat dengan pencapaian itu.

    “Saya gembira kami memenangi satu perlawanan,” katanya.

    Ketua jurulatih, Denver Michael Malone berbangga dengan dua pemain yang berjaya membawa kemenangan kepada pasukannya.

    “Mengenai Nikola, tiada apa yang dia lakukan yang mengejutkan saya. Lelaki ini telah menunjukkan berkali-kali bahawa dia dibina untuk detik-detik ini. Dia berkembang maju pada saat-saat ini, di pentas terbesar dan dia melakukannya sekali lagi malam ini,” katanya.

    “Saya sangat berbangga dengan Jamal dan saya dapat melihat sepanjang 48 jam yang lalu dia meletakkan banyak tanggungjawab perlawanan kedua di atas bahunya.

    “Dan bukan hanya dia, ini melibatkan saya dan setiap pemain kami. Tetapi itulah apa yang dilakukan oleh juara. Itulah apa yang dilakukan oleh pahlawan, mereka melawan balik,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...