Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Jude Bellingham bakal sertai Real Madrid

    BERLIN, 8 JUN – Pemain remaja Inggeris, Jude Bellingham akan berpindah dari Borussia Dortmund ke Real Madrid dengan bayaran melebihi 100 juta euro (AS$107 juta), pihak Jerman mengumumkan kelmarin.

    Dortmund mengesahkan kedua-dua pasukan telah mencapai ‘persetujuan bersama’ berhubung perpindahan pemain berusia 19 tahun itu pada musim panas.

    Kelab itu berkata ia akan menerima bayaran sebanyak 103 juta euro sebagai tambahan kepada jumlah berubah ‘sehingga jumlah maksimum sekitar 30 peratus’ daripada yuran perpindahan tetap, bergantung kepada bonus pasukan dan pemain.

    Salah satu bakat paling hebat dalam bola sepak dunia, Bellingham menyertai Dortmund dari Birmingham City pada 2020 dengan bayaran 25 juta euro. Dia telah bermain 132 perlawanan untuk kelab itu, menjaringkan 24 gol dan memenangi Piala Jerman 2021.

    Bellingham dinobatkan sebagai pemain terbaik Bundesliga musim ini selepas kempen 2022-23, apabila dia membantu Dortmund merangkul gelaran Bundesliga pertama mereka dalam tempoh lebih sedekad.

    Dortmund menduduki tempat kedua, di belakang Bayern Munich, dengan perbezaan gol selepas kehilangan mata pada hari perlawanan terakhir menentang Mainz, di mana Bellingham yang cedera menyaksikan dari bangku simpanan.

    Membuat penampilan sulung untuk England pada usia 17 tahun, Bellingham memainkan peranan utama dalam kempen Piala Dunia 2022 The Three Lions.

    Bellingham bermain dalam setiap lima perlawanan England di Qatar, menjaringkan satu gol dan membantu satu lagi ketika pasukannya berjaya mara ke suku akhir, di mana mereka tewas menentang Perancis. – AFP

    Bellingham meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol keenam pasukannya semasa perlawanan bola sepak Bundesliga antara Borussia Dortmund dan VfL Wolfsburg di Dortmund, pada 7 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...