Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    JP Food Court Fasa 2 dibuka

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Jerudong Park Country Club Sdn Bhd (JPCC) telah membuka JP Food Court Fasa 2 yang baru diubahsuai dengan pelancaran awal yang diadakan kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan pelancaran ialah Pengurus Besar JPCC, Hajah Siti Norzalena binti Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman.

    Turut hadir ialah pengurus-pengurus JPCC, para pengusaha restoran Fasa 2 Jerudong Park dan kakitangan JPCC.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPCC, JP Food Court Fasa 2 akan menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman daripada vendor–vendor yang sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga dan sama-sama menyokong pengusaha tempatan yang berniaga di medan selera tersebut.

    Jerudong Park Food Court adalah salah satu medan selera yang terbesar di Brunei Darussalam dan di fasa 2 medan selera berkenaan terdapat 23 unit.

    Hajah Siti Norzalena semasa menyempurnakan pelancaran JP Food Court Fasa 2. – GAMBAR SERAHAN JPCC
    Hajah Siti Norzalena semasa berada di JP Food Court Fasa 2 yang baharu dibuka.- GAMBAR SERAHAN JPCC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jasad Anna Gutu, malim gunung ditemui selepas setahun hilang

    KATHMANDU, 19 MEI - Sepasukan pendaki gunung telah mendapatkan mayat pendaki Amerika Syarikat (AS) dan malim gunung yang tertimbus dalam runtuhan salji di Gunung...