Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi

    ISTANBUL, 1 OGOS – Junta tentera di Myanmar pada Selasa memberikan pengampunan negara kepada pemimpin yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi, menurut laporan media tempatan.

    Bekas Presiden Win Myint juga akan diberikan pengampunan, lapor Agensi Anadolu memetik Myanmar Now.

    Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.

    Pengampunan itu dibuat sehari selepas junta melanjutkan tempoh darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan, kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021.

    “Pengampunan tidak akan memaafkan Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint atas semua kesalahan yang didakwa, tetapi hanya mengurangkan hukuman mereka,” tambah laporan itu.

    Bulan lalu, laporan mendedahkan bahawa Suu Kyi telah bersetuju untuk mengadakan dialog tanpa sebarang syarat. – Bernama

    Junta Myanmar telah mengurangkan hukuman penjara terhadap pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi dalam pengampunan yang berkaitan dengan upacara keagamaan, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...