Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Sadiq Khan kekal Datuk Bandar London

    LONDON, 5 MEI – Datuk Bandar London, Sadiq Khan daripada Parti Buruh mengekalkan kedudukannya untuk penggal ketiga selepas parti itu menyapu bersih persaingan merebut jawatan datuk bandar dan pilihan raya tempatan, mengalahkan Parti Konservatif yang memerintah, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya umum dijangka diadakan.

    Sadiq, 53, menewaskan pencabarnya, Susan Hall dengan 11 mata untuk menafikan sebahagian besar harapan Parti Konservatif bagi mengambil alih ibu kota United Kingdom (UK) daripada Parti Buruh buat kali pertama sejak 2016.

    Menjadi Datuk Bandar pertama yang beragama Islam di ibu kota Barat ketika mula-mula dipilih, Sadiq secara meluas dijangka menang apabila parti pembangkang melonjak di peringkat nasional dan anggota Konservatif bergelut untuk memulihkan nasib mereka.

    Beberapa jam kemudian di West Midlands, Datuk Bandar Konservatif, Andy Street yang bertanding untuk penggal ketiga tanpa diduga tewas kepada Richard Parker daripada Parti Buruh, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Rishi Sunak.

    Kekalahan tipis itu menyebabkan pemimpin berkenaan hanya memperoleh satu kejayaan ketara dalam undian pada Khamis di seluruh England, selepas Datuk Bandar, Ben Houchen daripada Konservatif menang di Lembah Tees, timur laut England, walaupun dengan majoriti yang berkurangan.

    Dalam satu keputusan yang suram, parti Sunak itu menduduki tempat ketiga, yang dilihat memalukan dalam pengiraan undi majlis tempatan selepas kehilangan hampir 500 kerusi.

    “Orang ramai di seluruh negara sudah cukup mengalami kekacauan dan kemerosotan Konservatif serta mengundi untuk perubahan dengan Buruh,” kata ketuanya, Keir Starmer, sejurus selepas mengesahkan kemenangan Parker.

    Beliau berkata, keputusan itu sebagai satu ‘fenomena’ dan ‘di luar jangkaan.’ – AFP

    Sadiq Khan membuat ucapan ketika beliau dipilih semula untuk rekod kali ketiga sebagai Datuk Bandar London, selepas pengiraan undi, di Dewan Bandaraya di London pada 4 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...